Wahai muslimah tahukah dikau,
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.
Wahai muslimah tahukah dikau,
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
yangsangat sempurna dari yang sempurna,
Yangsangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.
Wahai muslimah tahukah dikau,
Ratu bidadari padaa dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran diberi,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.
Aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Illahi,
agar niat,amalan dan ikhlasku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
agar syurga menjadi imbalannya.
Wahai muslimah tahukah dikau,
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu peneman ku di alam sana,
dan menjadi harapan dan doaku selama ini,
Agar Ratu bidadari itu adalah aku....
Insya allah~
Harapanku..disetiap hujung doa.
Sama2 kita usaha..untuk menjadi yg terbaik.diklgn yg terbaik.
Jgn mngizinkan diri kita utk mnjd 'yg biasa'..
kerana kita...HambaNya yg Teristimewa~